Search This Blog

Popular Posts

Monday, 30 January 2012

gangster & cinta terlarang! (episod-3)

-"gangster & cinta terlarang!"
episode 3!
-aku jadi lelah.. lelah dengan sesuatu perasaan yang ganjil.. aku dapat rasakan kehangatan yang mampu mengeringkan
 baju hitam yang aku pakai,kebasahan. hujan diluar pun telah mulai berhenti setitik demi setitik ketiadaan..
dia masih memeluk aku.erat. aku mengerti sesuatu pada dirinya walaupun anih yang amat sangat pada abang ajai ini..
manakan tidaknya..seorang mamat muka ganas kini seperti budak lelaki yang memeluk ibunya..aku.
mampukah aku menahan senyum melihatnya??
"abang kenapa,tadi bukan main senyum tapi sekarang monyok je wajah abang ni,ada masalah ke?" aju pertanyaan aku padanya.
abang ajai mula menguraikan pelukannya perlahan-lahan..melihat aku pula.
"nak tahu ke,abang bukan apa cuma sebelum ni abang rasa terlalu sunyi dan terasing dengan dunia sebenar.. abang bergaduh....
abang bunuh orang..abang rasa bersalah dan tak berjiwa.."sambil menutup wajah sedihnya.
aku tergamam lagi dengan keterangan abang ajai...bunuh orang?!
namun aku terus memikirkan sesuatu..aku. pun begitu selalu saja rasa dunia aku ini terlalu sunyi...dan tiada jalan keluar...
aku memahami abang ajai... nampaknya bukan aku sahaja yang memikirkan begitu ada lagi rupanya...
aku segera memberanikan diri untuk memegang tangannya...sejuk dan tangan aku pula sentiasa hangat kepanasan...
aku memegang tangan abang ajai untuk memanaskan tangannya yang kesejukan beku...dia kembali pulih dari sedih.
abang ajai hanya melihat aku menghembus angin hangat dekat dengan tangannya...dia terharu.. lalu dia mendekatkan wajahnya
perlahan-lahan lalu mencium aku sekali lalu...terkena dibibir aku.. aku terkejut sangat dan sedikit marah tetapi aku membiarkan saja..
entah kenapa....
aku mengambil kesempatan bertanyakan sesuatu....
"awak ni siapa sebenarnya?? "
"abang ni ketua kepada kumpulan gangster kat belah pantai bersih ni...dan abang juga anak kepada YB Datuk Hasyim "
"Bapak abang tahu tak tentang abang?"
"Tak...dia tak tahu orang yang selalu buat hal di kawasan dia tu ialah anak dia sendiri...hahaha!." gelak abang ajai..
-aku pula hamya tersenyum melihatnya ketawa besar mentertawakan bapak sendiri...
mungkin aku yang mahu keliru dengan apa yamg aku mahu..aku hanya melayan sahaja lelaki asing yang aku baru kenali...tak takut bahaya betul..
-aku hanya mahu termenung sahaja memandangnya..ada sesuatu yang aku ingin tahu juga tentang abang ajai..
"oit!kenapa adik ni,dari tadi abang tengok asyik termenung je abang tengok..."tegurnya.
"erm,entahlah abang jai.."membahasakan abang ajai bagi selesakan diri..

keadaan menjadi hening seketika..

"jom..!!"ajak abang ajai.
"....nak kemana???"soal aku bingung
sekali lagi abang ajai mencebik. "banyak tanya jugak kau ni.."
"adalah..jom"..sambil menarik tangan aku tanpa sebarang sebarang soal dari aku lagi...
kami mula turun balik ke hadapan balkoni banglo turun ke tangga bawah..
kemudian naik ke kereta abang ajai menjemput aku tadi..
-enjin yang sejuk tadi terus memecut laju tanpa dipanaskan .. nak mau nazak keretanya..biasalah kereta mahal katakan..nak kata gangster memang pun..malah anak datuk lagi.

kereta abang ajai memusing laju ke simpang lorong yang bersebelahan club dangdut...kami mula berhenti memarking.
"kita kat mana ni?" aku menyoal lagi..
"hari ni kita berseronok sekejap..ok"
"tolong lah temankan abang hari ni"pujuknya..
"....."tanpa kat.
"jom"
kami mulai masuk ke pintu yang makin kebingitan..
"kat mana aku ni...?" soal aku bermonolag sendiri.
-secara tiba-tiba kami telah tiba ketengah..berhadapan meja yang penuh botol arak..ada sedikit hancing..
"kejap,abang nak perkenalkan kawan-kawan abang pada adik,ok..kejap."
seorang yang tidak aku kenali mulai menghampiri aku setelah abang ajai pergi jauh dari  aku.
"adik budak baru jai ke?!"
"minum dengan abang jom..!!!"arahnya..sambil mahu memaksa aku minum sesuatu...
"uahhh..."terasa kelat...
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
=bersambung